Kempen Internet Selamat @ SJK (C) Tiong Hin

26 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari ini NADI Rantau Panjang telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SJK(C) Tiong Hin, Sibu, Sarawak. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian, ancaman-ancaman yang terdapat di internet dan langkah-langkah untuk melayari internet dengan selamat. Setiap peserta memberikan kerjasama dan respon yang baik semasa aktiviti berlangsung.

Objektif Program:

- Membina asas kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan kesedaran tentang had umur dalam penggunaan media social.

- Mengajar tiga peraturan Internet: Menjaga kerahsiaan diri, serta mengenali dan melaporkan kandungan tidak selamat.

- Menumpukan kepada pembentukan tabiat digital yang sihat, serta pemahaman hak dan tanggungjawab dalam talian

Tarikh : 25 September 2025 (Khamis)
Masa : 12.20pm - 1.30pm

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali